Quad Lock Phone Holder Harga Bangsawan Untuk Yamaha MT-25

Quad Lock Phone Holder Harga Bangsawan

Setelah bertahun lamanya aku gunakan phone holder daripada Motowolf, aku membuat keputusan untuk tukar kepada jenama Quad Lock. Jika nak dibandingkan harga untuk kedua phone holder ini, harga untuk memiliki Quadlock adalah sangat mahal. 

Phone holder daripada Motowolf bukanlah tak berapa bagus, cuma ada beberapa insiden yang berlaku sebelum ini yang membuatkan kamera iPhone X rosak (bergoyang), dan merosakkan Samsung Note 9 punya vibration. Ada juga beberapa insiden yang paling mencemaskan aku ialah telefon aku terpelanting dari cengkaman semasa tengah menunggang motorsikal.

Setelah membaca beberapa ulasan daripada sumber Google, Quad Lock adalah pilihan terbaik untuk digunakan bagi memelihara telefon daripada rosak. Antara lain ialah dengan menggunakan Quad Lock, senang untuk penunggang motorsikal seperti aku untuk mount telefon dengan mudah.

Untuk pemilihan yang sesuai, Quad Lock memerlukan korang untuk memilih jenis casing telefon dan jenis mounting. 

Quadlock mempunyai beberapa pilihan mounting mengikut kesesuaian motorsikal antaranya:

  • Handlebars
  • Fork Stems
  • Brake / Clutch Perches
  • Brake Reservoirs
  • Mirror Stems/Small Bars

Memandangkan motorsikal aku jenis naked bike iaitu Yamaha MT-25, aku memilih untuk menggunakan jenis mount Handlebars. Sementara itu, mounting pula, terdapat dua jenis pilihan iaitu biasa atau jenis PRO, dengan jenis PRO menggunakan bahan yang berbeza dan harganya lebih mahal.

Untuk pilihan casing, terdapat beberapa pilihan mengikut jenis telefon. Sebagai contoh, aku menggunakan iPhone 13 (setelah naik taraf daripada iPhone X), aku perlu memilih casing khas untuk iPhone 13. Jika telefon korang tidak terdapat dalam senarai, korang boleh memilih jenis Universal Mount, di mana anda hanya perlu melekatkan Universal Mount pada casing telefon sedia ada.

Bagi memelihara kamera atau pun haptic (vibration) pada telefon, korang perlu menambah aksesori seperti Vibration Dampener. Sudah tentu, ini akan melibatkan kos tambahan. Fungsi Vibration Dampener ini bertujuan untuk menyerap hentakan apabila ada gegaran berlaku. Untuk penerangan yang mudah dan nampak dengan jelas, sila tonton video dibawah ini.


Untuk kos keseluruhan untuk aku memiliki Quadlock adalah sebanyak USD 89.99 (Case & Mount = USD 79.99 + Vibration Dampener = USD 19.99). Dalam Ringgit Malaysia pada ketika itu ialah sebanyak RM 417.55. 

Quad Lock Phone Holder Harga Bangsawan

Setakat ini aku dah pun menggunakan Quad Lock hampir 16 bulan dan telefon aku setakat ini belum lagi pernah tercabut daripada mounting, kamera dan haptic (vibration) masih lagi dalam keadaan baik. 

Akhir kata, dengan harga yang mahal dan kualiti yang ada pada phone holder Quad Lock memang berbaloi untuk dimiliki. Sekarang ini pun aku tengok dah banyak phone holder menyerupai Quad Lock di Lazada dan Shoppe. Harganya juga lebih murah. Kalau korang dah pernah beli, cuba komen sikit dibawah ini apa padangan korang terhadap phone holder yang menyerupai Quad Lock.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama