Selari dengan perkembangan teknologi sekarang dan juga zaman pandemik Covid-19, kita dah tak perlu lagi untuk keluar membeli insurans kereta. Kini terdapat banyak pihak insurans yang menawarkan pembelian insurans melalui laman web, WhatsApp dan sebagainya.
Sejak daripada 3 tahun lalu dan sebelum virus Covid-19 mula menyerang dunia, aku sudah pun melakukan pembelian atau pembaharuan insurans kereta sendiri secara atas online akibat kekangan masa. Tambahan pula, aku boleh membuat perbandingan antara pihak insurans.
Selain daripada itu, ada sesetengah pihak insurans membuat penawaran yang aku boleh kata memberi kelebihan kepada pembeli. Antaranya penawaran diskaun 10% dan banyak lagi.
$ads={1}
Baca juga:
Baru-baru ini sahaja, ada penawaran yang amat baik untuk aku. Iaitu pembelian atau pembaharuan insurans boleh dibayar secara ansuran untuk tempoh enam (6) bulan. Pada asalnya aku ingin menangguhkan seketika untuk memperbaharui insurans, dengan tawaran yang ada lebih baik sambar selagi masih ada.
Walaubagaimana pun, pembayaran secara ansuran ini hanya untuk pemegang kad kredit sahaja.
Pembayaran Ansuran (0% Interest) Perlu Menggunakan Kredit Kad Yang Terpilih Sahaja
Terdapat dua (2) jenis pelan pembayaran ansuran menggunakan kad kredit iaitu Maybank EzyPay Instalment Plan (EPP) to Maybank individual Visa/MasterCard cardholders dan CIMB Instalment Payment Plan (IPP) to CIMB individual Visa/MasterCard cardholders.
Dan untuk melayakkan korang mendapat 0% interest, pembayaran secara keseluruhan perlulah mengkuti jumlah yang telah ditetapkan seperti:
$ads={2}
Maybank - Pembayaran keseluruhan mesti RM500 dan ke atas.
CIMB - Pembayaran keseluruhan mesti RM 600 dan ke atas.{alertInfo}
Cara pembayaran amat mudah, setakat ini tiada masalah sepanjang aku membuat transaksi pembayaran menggunakan kad kredit Maybank. Tapi pastikan tempoh pembayaran menggunakan kredit kad kena pada masanya dan komitmen bulanan.
Tags:
Info