$ads={1}
Apa kena mengena dengan post aku kali ini dengan kisah Marc Marques dan Maverick Vinales ni sebenarnya? Aku pun sebenarnya banyak kali dicucuk angin dengan motorsikal lain bila balik kerja menggunakan highway. Perkara yang membimbangkan aku ialah aksi cucuk angin boleh membawa kepada kemalangan.
Cucuk angin ni berlaku pada aku bukan sekali tetapi banyak kali. Tetapi yang aku masih ingat yang berlaku dalam tahun ni iaitu pada bulan Ramadan. Yang mana ketika itu aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan perasan ada satu motor ikut rapat belakang motor.
Bila perasan ada motor yang ikut rapat (memang terlalu rapat), aku cuba perlahankan motor sedikit demi sedikit sambil aku tunjukkan isyarat tangan untuk dia potong aku. Tetapi isyarat yang aku berikan tak diendahkan lalu aku pecut sekali lagi dan dia masih ikut.
Sampai satu tahap aku dah hilang sabar, aku perlahankan motor dan masuk ke lorong kecemasan. Aku pandang belakang dan angkat tangan. Lebih kurang macam dalam gambar atas ni la. Kemudian aku tunjuk dan tunding jari kat kepala macam isyarat bagitahu yang dia ni tak ada otak. Marah benar tu. Selepas tu, baru motor tu melintasi aku.
Cara dia potong atau cucuk angin tu memang bahaya. Jarak antara tayar motor belakang aku dengan tayar dengan dia memang sangat rapat. Bayangkanlah waktu aksi cucuk angin ni, tiba-tiba ada halangan depan aku dan membuatkan aku perlu buat brek mengejut, memang berdentumlah jawapnya.
Betul, saya pun selalu kena cucuk masa kat Highway, yang cucuk pulak tu motor ex5.Bukan nak merendah-rendah mamat yang pakai motor ni. Tapi kena ingat, motor ko tu dahla depan belakang brake drum. kalau aku yang brake disc depan belakang ni, brake secara mengejut, rasanya motor ex5 tu, memang "tak de harapan" membrek pantas, akhirnya kau akan "sondol" motor aku!
BalasPadamBetul tu bro. Apa yang saya buat selalu, tunjuk isyarat suruh dia potong. Kalau degil juga, ada yang kena makan helmet nanti. haha
BalasPadam