Motorsikal Pun Boleh Guna Khidmat Towing Secara Percuma


Kehidupan kita penuh dengan ketidakpastian dan kadang-kadang kita mengalami situasi yang tidak dapat kita ramalkan. Salah satunya ialah apabila kenderaan kita rosak di jalan raya. Namun, dengan polisi insurans yang tepat, kita boleh mengambil manfaat daripadanya seperti perkhidmatan tunda motorsikal yang disediakan oleh syarikat insurans.

$ads={1}

Motor rosak di jalan raya, itulah yang terjadi pada aku pada 17 Januari 2023 yang lepas apabila pulang dari tempat kerja melalui jalan yang jauh daripada pekan dan tidak ramai orang melaluinya pada waktu malam. Selepas sahaja buntu daripada cubaan untuk menghidupkan motor gagal, aku ambil keputusan untuk terus menghubungi pihak insurans untuk memeriksa jika polisi insurans yang sedia ada merangkumi perkhidmatan untuk menunda motorsikal.

Seperti yang diberitahu oleh pihak insurans, polisi motorsikal yang aku telah beli iaitu Motorcyle Comprehensive Policy mempunyai perlindungan seperti berikut:

  • Tunda kerosakan 24 jam percuma sehingga 50km (perjalanan pergi balik)
  • Penghantan petrol
  • Bantuan Tayar Pancit
  • Battery Jumpstart and Delivery
  • Terhad kepada tiga (3) panggilan sahaja sewaktu dalam tempoh polisi insurans
  • Perkhidmatan ini hanya terpakai kepada motosikal dengan kapasiti padu di bawah 250cc.

Berdasarkan situasi ketika itu, tiada lagi bengkel motorsikal yang buka. Jadi aku membuat pertanyaan tambahan kepada pihak insurans jika boleh motorsikal dihantar terus ke rumah. Pihak insurans membenarkan untuk motorsikal dihantar ke rumah secar percuma dengan syarat jarak perjalan tidak melebihi dari jarak yang dibenarkan. Jika lebih, aku perlu membayar mengikut jarak seperti yang tertakhluk di dalam polisi insurans. Tambahan, jika perjalanan penghantaran ke rumah melalui lebuhraya yang mempunyai tol, aku perlu membayarnya.

Waktu itu juga, terlintas juga dalam kepala adakah perlu aku menggunakan perkhidmatan tunda daripada pihak insurans atau menghubungi perkhidmatan tunda motorsikal pihak ketiga (bayar sendiri). Kalau menggunakan pihak insurans, pasti No-claim Discount (NCD) akan ditolak untuk pembaharuan nanti. Tetapi apabila dirujuk di laman web pihak insurans, NCD tidak akan ditolak. Dan aku terus memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan tunda daripada pihak insurans.

Perkhidmatan tunda motosikal seperti ini biasanya termasuk dalam polisi insurans kenderaan bermotor, tetapi perlu diperiksa dengan teliti untuk memastikan jenis dan lingkup perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, penting untuk membuat kajian yang teliti sebelum memilih polisi insurans yang sesuai untuk memenuhi keperluan korang. 

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama