Aku amat jarang sekali menggunakan kereta sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja. Hanya beberapa kali dalam 3 bulan atau lebih aku akan menggunakan kereta atas urusan kerja dan travel. Selalunya kad Touch n Go akan ditinggalkan di dalam kereta untuk waktu yang agak lama. Sudah semestinya aku sebagai manusia tak akan lari dari terlupa untuk tahu berapa banyak baki kad Touch 'n Go.
Dengan adanya aplikasi Touch 'n Go eWallet, senang dan mudah untuk memeriksa baki kad Touch 'n Go dengan hanya menggunakan telefon. Tak perlu beratur panjang (kalau ramailah) di stesen minyak semata-mata untuk periksa baki. Cuma ada limitasi pada aplikasi Touch 'n Go iaitu pengguna tidak boleh membuat penambahan nilai secara terus menggunakan aplikasi tersebut. Hanya boleh periksa baki sahaja.
Touch 'n Go eWallet - Periksa Baki dan Status Kad Touch n Go
1. Anda boleh mendaftar kad Touch n Go dengan memasukkan "serial number" yang terpapar dibahagian belakang kad.
2. Hanya tiga (3) kad sahaja yang boleh didaftarkan. Hanya kad Touch 'n Go dan MyKad sahaja disokong untuk aplikasi ini.
3. Bagi yang menggunakan MyKad, serial number boleh didapati daripada resit tambah nilai. Sila rujuk sini untuk rujukan - MyKad Pengganti Touch N Go - Cara Periksa Transaksi Pembayaran Tol Secara Online
4. Baki kad Touch 'n Go (atau MyKad) hanya akan dikemaskini dalam masa 48 jam.
boleh share kat kawan la. apsni tkdelah dia pening tng ada baki ke tak
BalasPadamShare jangan tak share. :)
BalasPadamMasa mula-mula dilancarkan pernah install untuk dapat RM10 topup free tetapi masa itu tak banyak features. Uninstall balik. :)
BalasPadamSaya pun jarang guna. Banyak guna pun tak tgk balance kad TNG sbb kadang2 lupa berapa tinggal.
BalasPadam