Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah pun mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang masih lagi mempunyai baki hutang dan patut bayar balik perlu mengemaskini maklumat pendapatan di portal pengemaskinian maklumat pendapatan peminjam PTPTN jika ingin membuat penangguhan bayaran.
Peminjam PTPTN diberi tempoh sehingga 9 hari untuk mengemaskini maklumat pendapatan bermula pada 16 Julai 2018 sehingga 25 Julai 2018.
PTPTN akan menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan balik dan mereka tidak akan termasuk di dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat sekiranya tidak mengemas kini maklumat mereka," katanya semasa sidang media pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN di sini, hari ini.
oleh Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN
Selain daripada maklumat pendapatan, peminjam juga akan diminta untuk mengemaskini maklumat lain seperti alamat kediaman terkini, nombor telefon, dan juga maklumat pekerjaan terkini.Langkah Pertama
Sebelum itu, jika anda tidak mempunyai maklumat nombor pinjaman PTPTN. Sila hubungi talian Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
Langkah Kedua
Buka pautan ini Portal Pengemaskian Maklumat Pendatapan Peminjan PTPTN. Atau jika berada dihalaman utama PTPTN, cari pautan "Kemaskini Maklumat Pendapatan".
Masukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor pinjaman PTPTN.
Langkah Ketiga
Isi segala maklumat yang dikehendaki. Pastikan semua maklumat yang sudah di isi adalah maklumat terkini. Klik hantar dan simpan atau cetak maklumat dalam format PDF.
Tags:
Info
nasib baik dah update hari tu. cuak jugak. mana tahu kot kot tak sempat. hehe
BalasPadamSaya terus ajak member2 mana yg tak buat lagi terus buat haritu.
BalasPadamSalam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com
BalasPadamSenarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html
Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.
Semoga berjaya (^_^)