Cara Keluarkan Pendapatan Google Adsense Melalui Western Union


Setelah beberapa tahun bergelumang sebagai blogger bawah tanah, akhirnya dapat juga merasa pendapatan melalui pengiklanan Google Adsense apabila payment threshold mencapai USD 100.00. Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, agak lumayan juga.

Persoalannya bagaimana hendak keluarkan pendapatan Google Adsense ini kepada bentuk tunai? Tapi perlu di ingat, proses pengeluaran hanya boleh dibuat apabila jumlah terkumpul mencapai USD 100. Kemudian pihak Google Payment akan menghantar pesanan melalui email yang sudah berdaftar bahawa pendapatan Google Adsense boleh dikeluarkan.

Cara Keluarkan Pendapatan Google Adsense Melalui Western Union

Terdapat tiga cara dan kaedah pembayaran Google Adsense iaitu Western Union, melalui cek dan wire transfer ke bank. Aku sarankan korang untuk keluarkan melalui Western Union kerana lebih mudah dan cepat.

Langkah Pertama

Pastikan korang sudah pun menetapkan dan pilih Western Union sebagai kaedah pembayaran yang utama. Pastikan maklumat yang di isi terutama nama seperti di dalam MyKad (kad pengenalan).


Langkah Kedua

Tunggu email daripada pihak Google Payment. Email akan dihantar pada setiap 21 haribulan.



Langkah Ketiga

Log masuk akaun Google Adsense, kemudian klik Payment > View Transactions. Selepas itu klik pada "Automatic payment: Western Union........"


Selepas itu, "payment receipt" akan muncul. Pastikan korang cetak resit pembayaran. Berdasarkan pengalaman aku, pihak Western Union akan meminta resit pembayaran untuk dikepilkan bersama borang penerimaan wang.


Langkah Keempat

Bawa bersama MyKad dan juga resit pembayaran ke pejabat Western Union terdekat (atau Pejabat Pos) untuk membuat proses pengeluaran.

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama