Windows 10 Creators Update adalah kemaskini terbaru untuk Windows 10. Pada 11 April 2017, pengguna Windows 10 boleh melakukan kemaskini melalui Windows Updates. Bagaimana ada sesetengah pengguna sudah pun boleh melakukan kemaskini menggunakan Windows 10 Upgrade Assistant sebelum pelancaran rasmi kemaskini terbaru.
Setakat ini, selepas sahaja selesai mengemaskini versi Windows 10 sedia ada kepada Windows 10 Creator Update terdapat banyak perubahan dan penambahbaikan antaranya ialah Start Menu, Night Light, Microsoft Edge, Game Mode dan sebagainya.
Bagi mereka yang ingin melakukan proses kemaskini Windows 10 Creators Update dinasihatkan untuk menggunakan sambungan internet yang laju. Bayangkan dengan internet di rumah aku hanya 2 Mbps proses kemaskini mengambil masa setengah hari.
Ciri-ciri Terbaru Windows 10 Creators Update
Kemaskini yang terbaru ini, seperti yang aku katakan tadi mempunyai beberapa penambahbaikan pada Start Menu dan lain-lain. Jom kita lihat ciri-ciri terbaru yang ada pada Windows 10 Creators Update.
1. Windows 10 Start Menu
Windows 10 Start Menu sekali lagi mempunyai beberapa perubahan. Sebelum ini, Start Menu memaparkan 'Live Tile' dan 'App List'. Untuk kemasikini kali ini, pengguna boleh menyorokkan (hidden) 'App List' disebelah kiri 'Live Tile'. Start Menu hanya akan memaparkan 'Live Tile' yang telah dipinkan. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu pergi ke All Setting > Personalization > Start. Seterusnya klik pada 'Show app list in Start Menu'.
Sebelum terlupa, App List sebenarnya bukan disorokkan tetapi Start Menu memaparkannya secara berasingan antara App List dan juga Live Tile. Klik sahaja pada ikon ketiga disebelah kiri Start Menu. App List akan dipaparkan.
Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh membuat folder untuk setiap Live Tile yang ada untuk digabungkan ke dalam satu folder. Dengan ciri ini, Live Tile yang ada boleh disusun dengan kemas mengikut kategori.
2. Windows 10 Themes
Sebelum ini, kemudahan untuk menukar 'Themes' tiada pada modern interface. Dengan kemaskini Windows 10 Creators Update juga, pengguna tidak perlu lagi ke laman web Microsoft untuk memuat-turun tema. 'Themes' boleh dimuat-turun melalui Windows Store. Walau bagaimanapun, tema yang ada belum lagi banyak.
3. Night Light
Jika korang pernah menggunakan third-party-software seperti Flux, korang patut uninstall nya sekarang kerana kemaskini Windows 10 Creators Update telah menambah fungsi seperti 'Night Light'. Night Light berfungsi untuk mengurangkan paparan cahaya biru. Tidak bagus sebenarnya jika mata kita terdedah terlalu lama dengan paparan cahaya biru khusus untuk waktu malam. Boleh mengganggu waktu tidur kita.
4. Game Mode
Windows 10 versi 1703 hasil kemaskini Windows 10 Creators Update adalah sangat sesuai diguna pakai buat para kaki game diluar sana. Dengan adanya ciri Game Mode ini, sistem operasi akan memfokus memberi performance yang paling utama untuk game yang dimainkan.
Bukan itu sahaja, ciri Game Mode juga memudahkan pemain untuk broadcast game yang dimainkan tanpa perlu memasang third-party-software.
5. Windows Overlay Mode
Selain daripada Windows Media Player, Windows 10 mempunyai aplikasinya tersendiri iaitu aplikasi
Movies & TV. Kali ini aplikasi Movies & TV bukan sahaja bukan digunakan untuk memainkan video dengan skrin besar tapi juga berfungsi sebagai Windows Overlay Mode.
Windows Overlay Mode adalah salah satu fungsi dimana pemain video (Movies & TV) dipaparkan secara Picture-In-Picture pada paparan window kecil dan terapung.
Kesimpulan Tentang Windows 10 Creators Update
Secara amnya, aku amat berpuas hati dengan kemaskini terbaru yang dilancarkan oleh pihak Microsoft. Dari awal pengenalan Windows 10 sehingga sekarang menampakkan Microsoft akan melakukan penambahbaikan secara berperingkat. Ini juga bermakna Microsoft akan mengabaikan kemaskini sistem operasi sebelumnya dan hanya fokus untuk membangunkan Windows 10.
Pada korang yang sudah pun memiliki Windows 10, jangan lupa untuk periksa Windows Update jikalau ada notifikasi pemberitahuan untuk mengemaskini Windows 10 korang melalui Windows 10 Creators Update.
SUMBER: BLOGS.WINDOWS.COM
Tags:
Teknologi
memang best bila bertukar ke windows 10 ni.. tapi ada certain yang tak boleh nak support windows 10 ni..
BalasPadamhttp://www.syahirahvaliant.com/2017/04/kesan-buruk-pengambilan-kafein.html
Rasanya semua dah support. Mungkin software yang dah lama sangat tak boleh suppport. Tapi still boleh guna kalau guna compability mode.
Padamalasan terbaik untuk bertukar kepada windows 10
BalasPadamCantik paparan Windows 10 ni kan.. Siap ada game mode lagi
BalasPadam