Nampaknya Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi mengejutkan orang ramai khususnya buat peminat sukan bola sepak pada 15 April 2017. Southern Tigers Sdn. Bhd. hasil kerjasama bersama EXMobile telah melancarkan smartphone yang dinamakan sebagai OLA. Ini adalah produk smartphone pertama untuk JDT.
Smartphone 'Ola' ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Black Matter Special Edition dan White Rose Gold Special Edition. Dari segi rekabentuk kedua-dua warna pilihan berbentuk bulat (well-rounded). Dari segi spesifikasi bagi dua pilihan warna adalah sama dengan dilengkapi oleh skrin 5" IPS paparan HD. Selain itu, Ola juga turut dilengkapi dengan 16GB ruang storan (upgradeable) dengan kad memori SD 32GB.
Kamera utama Ola sebesar 8 Mega Pixels manakala kamera hadapan pula sebesar 5 Mega Pixels. Peranti ini dikuasakan dengan 2000 mAH kapasiti bateri. Sistem operasi pula, EXmobile Ola menggunakan Anroid 6.0 Marshmallow. Yang lebih menarik lagi, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakangnya.
Kedua-dua telefon pintar tersebut mempunyai integrasi sepenuhnya dan akses terus ke platfrom digital rasmi Southern Tigers. OLA membenarkan penyokong untuk memilih latar belakang 'Home' atau 'Lock Screen' bertemakan Kelab Bolasepak JDT yang direka khas dan akan dimuat-naik dari semasa ke semasa.
oleh Johor Southern Tigers
Buat peminat pasukan Kelab Bolasepak JDT boleh dapatkannya di semua cawangan EXMobile di seluruh Malaysia. Kedua-dua peranti ini dijual dengan harga RM 599. Selain itu, peranti juga dijual di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin buat mereka yang tinggal berdekatan dengan stadium bermula pada 15 April 2017.
SUMBER: JOHORSOUTHERNTIGERS.COM.MY
Tags:
Teknologi