Turn Off The Lights adalah plugin untuk browser Google Chrome membolehkan pengguna untuk mengaktifkan 'night mode' apabila menonton video di Youtube. Dengan adanya 'night mode', sekeliling persekitaran video digelapkan dan mata boleh difokuskan hanya untuk tengok video tanpa melihat 'content' lain di Youtube yang boleh mengganggu fokus.
Baca juga: MyKad Pengganti Touch N Go - Cara Periksa Transaksi Pembayaran Tol Secara Online.
Sebelum ini aku ada juga cuba cari tutorial bagaimana untuk 'dim' atau gelapkan kawasan sekeliling video youtube. Tapi agak susah untuk dicuba. Dengan adanya plugin Turn Off The Lights memudahkan aku untuk menggunakan 'night mode' hanya dengan hanya satu klik saja tanpa perlu mengubah 'script' browser sedia ada.
Cara Install Turn Off The Lights
Amat mudah dan cepat untuk install plugin Turn Off The Lights ni. Caranya ialah klik pautan ini : Turn Off The Lights Plugin for Google Chrome.Tunggu sehingga proses muat turun tamat dan plugin akan terinstall secara automatik.
Selepas itu, cuba lihat di penjuru atas sebelah kanan browser korang. Ada icon berbentuk lampu mucul. Right click pada icon tersebut dan pilih 'options'.
Kemudian, korang akan dibawa ke page 'Options' Turn Off Lights. Pada kiri tab, klik pada 'Night Mode' dan tanda pada 'Activate the 'Night Mode' option when you click on the gray lamp button'.
Akhir sekali, kalau korang nak aktifkan 'Night Mode' pada video youtube, tekan saja pada icon Turn Off The Light di penjuru kanan atas.
Tags:
Teknologi
Hehehe macam wayang dah. Mai suka tengok dengan mode full screen je, tak puas kecik2,haha.
BalasPadamWah mode full screen eh. Kita punya internet kalau full mode mmg asyik buffer je.
Padam