Pernah tak terjadi dekat korang bila nak hidupkan kereta tapi tak boleh. Bila periksa bateri dah habis walaupun bateri kereta masih lagi baru. Itulah yang terjadi pada aku tempoh hari. Pada masa yang sama, aku perlu hantar adik aku balik ke kampus pada hari itu juga.
Puncanya disebabkan kereta tidak dihidupkan beberapa minggu. Ini kerana bateri juga perlu dicaj semasa penggunaan kereta. Jadi kalau dah tak dihidupkan beberapa minggu, itu yang menyebabkan kapasiti bateri turun.
$ads={1}
Dalam situasi seperti ini benda yang terlintas di dalam kepala ialah jumper. Disebabkan aku tidak mempunyai jumper, cara yang terakhir yang boleh aku fikir ialah dengan cabut bateri dan hantar untuk pergi ke kedai. Kebiasaanya, kedai akan mengenakan bayaran sebanyak RM 5.00 hingga ke RM 10.00 untuk mengecas bateri. Bergantunglah kepada kawasan atau kedai tu nak mengenakan bayaran berapa ringgit.
Disebabkan kedai yang biasa aku pergi untuk hantar bateri untuk dicaj sudah pun tutup, aku pun tak tau mana lagi dimana lagi tempat untuk pergi caj bateri kereta. Mujurlah teringat yang kawan aku ada beritahu sebelum ini yang dia ada membeli alat untuk mengecaj bateri kereta yang boleh digunakan dirumah saja.
Untuk gunakan alat yang seperti korang tengok di atas ni, aku hanya perlu cabut bateri dan bawa masuk ke dalam rumah. Alat ni lebih kurang macam korang guna jumper. Cuma perlu sambung kedua wayar merah (positif) dan juga hitam (negatif) pada bateri. Kemudian plug-in saja electric plug cable ke soket elektrik dirumah.
Yang menariknya, bila korang sambung kedua wayar positif dan negatif tu, alat tu akan menunjukkan kapasiti (bar) bateri kereta dan juga status bateri sama ada dalam keadaan baik atau tidak. Dalam kes aku ni, memang hanya tinggal satu bar saja. Memang patutlah susah nak hidupkan kereta.
Pengecasan bateri kereta hanya mengambil masa dalam tempoh satu jam sahaja. Tak perlu tunggu lama pun. Alat tersebut akan menunjukkan status FULL jika dah dicaj 100%. Antara fungsi lain alat ni boleh ialah dengan membuat repair pada bateri berdasarkan manual penggunaan yang ditunjukkan. Mudah bukan? Jadi lupa untuk share posting aku jika bermanfaat.