Pihak TM baru-baru ini sahaja telah memberitahu melalui Facebook Everyone Connects bahawa terdapat 200 pelanggan UniFi yang menggunakan router model jenis DLink DIR-850L terdapat kelemahan keselamatan. Perkara bukan hanya berlaku pada pelanggan TM tetapi pelanggan TIME dan mereka yang menggunakan router jenis ini turut mengalami perkara yang sama.
Aku juga turut kena tempiasnya kerana aku adalah salah seorang yang menggunakan router DLINK DIR-850L yang dibeli secara asing melalui Mudah.my. Pelanggan Streamyx sebenarnya tidak diberi router jenis ini. Aku membelinya kerana ingin memisahkan dan memudahkan untuk aku 'turn off' WiFi melalui butang fizikal dibelakang router tersebut tanpa membuat sebarang konfigurasi melalui DLink router "web-based".
Panduan Bagaimana Untuk Membuat Router D-Link DIR-850L Lebih Selamat
Buat pengetahuan semua, masalah yang akan dihadapi oleh pengguna router jenis ini dikatan agak serius juga. Yang mana "hacker" atau penggodam boleh menyerang masuk ke dalam router dan mengubahsuai "ID" dan "password". Ditambah pula penggodam boleh memasang pepijat yang boleh menyerang peranti yang mempunyai yang bersambung dengannya.Pihak TM melalui laman Facebook Everyone Connect telah berkongsi panduan bagaimana untuk membuatkan router D-Link DIR-850L lebih selamat dengan mematikan "Remote Management" sementara mereka akan melancarkan pembaharuan firmware yang lebih selamat untuk digunakan.
6 Langkah Untuk Membuat Router D-Link DIR-850L Lebih Selamat
SUMBER: FB - EVERYONE CONNECTS