'Kingsman: The Golden Circle' Sekuel Yang Kurang Menyengat

'Kingsman: The Golden Circle' Sekuel Yang Kurang Menyengat

"Kingsman: The Golden Circle" adalah sekuel kepada "Kingsman: The Secret Service" telah pun ditayangkan serentak di seluruh negara bermula pada 21 September 2017. Ramai yang ternanti-nanti akan kedatangan filem sambungan hasil arahan Matthew Vaughn yang dikatakan bakal mempunyai aksi dan jalan cerita yang lebih menarik. Aku sendiri berkesempatan untuk menonton filem ini sehari selepas tarikh tayangan di Seremban.

Sipnosis "Kingsman: The Golden Circle"

Kali ini segala operasi Kingsman telah lumpuh selepas ke semua pusat operasi mereka telah dimusnahkan oleh penjahat yang tidak dikenali. Rakan baik Eggsy iaitu Brandon dan juga anjing peliharaan adalah antara mereka turut terkorban apabila dibedil oleh misil yang memusnahkan rumahnya.

Headquater Kingsman dibedil oleh misil

Dalam kejadian tersebut Eggsy dan Merlin sahaja yang terselamat. Mereka berdua nekad untuk mencari sebuah organisasi yang dipanggil 'Statesman' di Kentucky, Amerika Syarikat apabila menemui sebuah botol wain peninggalan anggota Kingsman sebelum ini di sebuah bilik rahsia.

Harry a.k.a Galahad Masih Hidup

Pada yang tengok Kingsman: The Secret Service, Harry atau pun Galahad (asal) telah pun dibunuh oleh Valentine dengan menembak tepat pada mata kanan Harry diluar gereja. Aku sendiri pun anggap watak Harry ini akan tamat tapi tidak. Pada sekuel kali ini, Harry telah diselamatkan oleh anggota "Statesman" dan diberikan rawatan rapi. Tetapi Harry mempunyai simpton Amnesia yang mana beliau tidak lagi mengenali dirinya sendiri. Berjayakah Eggsy dan Merlin untuk mengembalikan ingatan Harry?

Harry a.k.a Galahad masih hidup


Pengenalan Watak Baru - Anggota "Statesman'

Selain dari watak dalam filem pertama, sekual kali ini memperkenalkan tidak lain tidak bukan Channing Tatum sebagai "Tequila", Pedro Pasal sebagai "Whiskey" dan "Halle Berry" sebagai Ginger sebagai agen "Statesman". Tequila jika dilihat dari segi pemakaian tidak seperti agen lain yang mengenakan sut. Sebaliknya Tequila mengenakan pemakaian ala "cowboy". Tetapi malang sekali watak Tequila yang dilakonkan oleh Channing Tatum hanya watak sandaran sahaja. Ternyata kecewa disitu.

Channing Tatum sebagai agen Statesman

Poppy Penjahat Yang Memusnahkan Pusat Operasi Kingsman 

Lakonan Julianne Moore sebagai "Poppy" iaitu salah seorang ketua penjahat "The Golden Circle" yang telah membedil misil ke seluruh pusat operasi Kingsman memang amat berkesan. Nak tahu kenapa "The Golden Circle"? Jangan lupa untuk di pawagam yer.

Watak antogonis yang dilakonkan beliau memang menunjukkan "Poppy' memang hidup sebagai seorang penjahat yang "physcho". Poppy menjalankan perniagaan penjualan dadah diseluruh dunia dan dibantu oleh bekas rekrut Kingsman iaitu Charlie Hesketh. Dadah yang dijual oleh Poppy tersangat bahaya. Adakah Eggsy, Merlin dan juga dibantu oleh Whiskey berjaya untuk menghentikan Poppy?

Poppy penjahat utama di dalam Kingsman: The Golden Circle

Kesimpulan - Kingsman: The Golden Circle

Secara keseluruhan, kandungan cerita tiada beza dengan filem pertama. Dari segi babak pertarungan pula, penonton disajikan dengan alat-alat baru seperti beg bimbit Eggsy yang dijadikan sebagai mesingun dan banyak lagi. Dari segi mesej cerita, dilihat pengarah Matthew Vaughn memainkan isu kemanusian dimana walaupun seorang manusia itu dilihat tidak berguna pada masyarakat. Tetapi nyawa tetap nyawa dan perlu diselamatkan. Eh betul ke ni?

'Kingsman: The Golden Circle' Sekuel Yang Kurang Menyengat

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama