Kalau korang perasan, semenjak dua menjak ni aku giat aktif menulis dan post entri (kalau perasanlah). Dalam sehari boleh dapat dua artikel (entri). Selalunya hujung minggu baru boleh nak menulis. Itu pun tak berapa nak konsisten sangat.
Sekarang ni musim hujan dan juga musim orang sakit (demam). Aku antara salah seorang yang menghidap penyakit demam ini. Termasuk hari ini, dah tiga hari aku demam, batuk, selesema, nak muntah dan lesu (tak termasuk hari sabtu dan ahad). Aku mula ambil MC bermula hari Khamis minggu lepas.
Hari Rabu minggu lepas sebenarnya aku dah mula tak rasa selesa masa dekat ofis. Tekak pun dah lain macam. Badan pula tiba-tiba rasa seram sejuk. Tapi aku gagahkan juga pergi ke ofis dengan motorsikal sejauh 98km. Pagi hari elok lagi, dah masuk tengahari badan aku dah mula tunjuk belang. Memang slow aku buat kerja hari tu.
Masuk pagi Khamis, bila nak bangun dan nak siap pergi kerja. Badan aku terus rasa lesu dan kaki pun tak larat nak berjalan. Aku ambil keputusan untuk tak teruskan niat aku pergi kerja. Dengan keadaan aku macam tu nak tunggang motor tempat kerja yang jauh nun disana, memang bahaya.
Baca juga: Jangan Abaikan Kecederaan Kecil Ketika Bersukan
Kerap Demam dan Badan Lesu
Dua minggu lepas pun aku terpaksa juga ambil cuti disebabkan badan terlalu lesu. Demam? Toksah cerita, ikutkan setiap minggu aku demam kalau ikutkan cuaca sekarang ni. Tapi tak sehebat demam minggu ni lah.Bila jatuh sakit, ada satu klinik ni aku suka sangat pergi disebabkan doktor dia yang peramah. Bukan setakat peramah tapi penuh dengan nasihat kalau pergi buat check-up. Ada sesetengah klinik aku pergi, kebiasaannya tanya kita punya sakit pastu tanya nak MC ke tidak. Itu paling aku tak suka.
Macam klinik yang aku pergi ni, aku banyak minta nasihat untuk jaga kesihatan aku (minta nasihat tapi tak ikut pun). Contoh macam punca badan aku lesu. Doktor akan tanya apa benda yang aku buat sampai jadi lesu, aktiviti mingguan, cara pemakanan dan macam-macam lagi. Daripada situ dia boleh bagi nasihat apa yang patut selain dari makan ubat.
Kes aku badan lesu, sudah tentu berpunca dari travel jarak jauh. Bukan tu saja, faktor pemakanan, tidur lewat, dan tak buat senaman adalah punca-punca yang terjadinya badan cepat lesu. Inilah faktor-faktor yang aku sendiri tak ambil endah sebenarnya.
Jadi aku kena beringat setiap masa tentang perkara ni dan tanamkan dalam otak untuk terus kekalkan tahap kesihatan diri sendiri. Ubat hanyalah salah satu jalan untuk jangka masa pendek sahaja. Faktor pemakanan, rehat yang cukup, dan senamam adalah perkara paling penting untuk kita buat dalam kehidupan seharian. Cegah dahulu sebelum merubat!
ya kebelakangan ni rasa nak demam juga. tapi tak layan perasaan demam tu. banyak minum air suam je ni.
BalasPadamTapi dah terlayan pulak demam ni. Aduh parah ni.
PadamSaya makan vivix . Tak pernah rasa penat.
BalasPadamUish biar betul tak pernah rasa penat. Hebat ni guna Vivix.
PadamCuaca tak menentu nih kene kurangkan sedikit aktiviti luar.. maklumlah tahap ketahanan badan individu ketika ini tidak seperti dulu lagi dahhhh...
BalasPadamSemoga cepat sembuh sahabat. Jaga kesihatan agar sentiasa sihat sentosa
BalasPadamJaga kesihatan ok...sebab kalau dah start sakit menyinggah, memang tak best...
BalasPadamJaga kesihatan bro. Sakit macam batuk, demam memang sangat tak best. Saya pun sekarang ni macam nak batuk tapi tak teruk lagi. Get well soon.
BalasPadammusim sekarang ni kena banyak minum air mineral
BalasPadamDONE FOLLOW..Keep in touch
BalasPadamSamalah kita...dua tiga minggu ni memang rasa tak sedap badan je...macam nak demam...batuk dah lama tak baik-baik walaupun ubat batuk dah ditelan...tapi malas nak layankan sangat...nanti satu apa pun tak boleh nak buat...
BalasPadam