Di Instagram, pengguna boleh mengehadkan Story hanya kepada kenalan terdekat (Close Friends) sahaja dengan memilih sebahagian daripada Follower Instagram. Begitu juga dengan WhatsApp, terdapat ciri yang sama boleh dilakukan untuk memilih Contact tertentu untuk melihat Story yang dipaparkan.
Senang sahaja caranya untuk sembunyikan WhatsApp Story dengan hanya beberapa langkah dibawah:
- Buka aplikasi WhatsApp. Pergi ke bahagian atas sebelah kanan dan tekan tombol tiga butang menegak dan pilih Setting.
- Klik pada Account dan seterusnya tekan Privacy.
- Seterusnya pilih pada Status.
- Terdapat tiga pilihan iaitu My contacts, My contacts except dan Only share with.
Mudah, cepat dan tepat. |
Melalui tiga pilihan tersebut, jika korang ingin sembunyikan Story hanya pada orang tertentu sahaja pilihlah "Only share with". Jika ingin sembunyikan pada orang tertentu sahaja pilihlah "My contacts except.
Nota Editor: Lepas ni boleh membawang and tembak status pada orang tertentu sahaja. Tapi apa guna up status tapi sembunyikan? Hurmm, nak pikir jap.
Tags:
Teknologi
Senang macam ni ada privacy kan..
BalasPadam