Memandangkan jam tangan aku sebelum ini sudah tidak boleh digunakan akibat daripada kemalangan motorsikal tempoh hari, aku bercadang untuk membeli sebuah jam tangan yang baru. Niat dihati hendak membeli jam tangan yang sama tetapi terdetik dihati untuk mencari Smart Watch yang mampu milik.
Seperti biasa aplikasi Lazada dan Shoppe menjadi pilihan untuk aku membuat survey. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mencuba Smart Watch berjenama SKMEI. Jam tangan SKMEI tidak asing bagi aku kerana aku sudah pun memiliki sebuah jam tangan digital yang dibeli melalui Lazada dengan harga hanya RM 9.90. Dari segi kualiti jam tangan tersebut aku sangat berpuas hati.
Harga yang ditawarkan di Lazada ketika itu ialah RM 69.90. Dengan pembelian tersebut, pengguna akan menerima sebuah kotak, seulas jam tangan, satu kabel pengecasan dan panduan dalam bahasa Inggeris.
Fungsi dan Kelebihan SKMEI W37
SKMEI W37 mempunyai fungsi seperti Blood Pressure Monitor, 24hour Rate Monitor, Sleep Monitoring, Remote Camera, Sport Mode, MSG Reminder, Stopwatch, Brightness Adjustment, Theme Selection, dan juga Find Phone.Apa yang menarik sekali ialah jam tangan ini dilengkapi dengan IP 67 iaitu mempunyai kelebihan kalis air. Setakat ini jam tangan ini sudah pun beberapa kali dihujani dengan air hujan lebat dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Bagaimana pun adalah tidak disarankan untuk menggunakan jam tangan ini ketika menyelam.
Dari segi penggunaan pula, jangka hayat bateri mampu bertahan sehingga 4 - 5 hari penggunaan. Untuk pengecasan bateri pula, pengguna dibekalkan dengan pengecasan magnetic. Tak perlu plug in untuk mengecas. Cukup sekadar sentuh wayar pengecas dibelakang titik pengecasan.
Tetapan Jam Menggunakan Aplikasi RaceFitPro
Untuk menetapkan masa pada jam, pengguna dikehendaki untuk memuat-turun aplikasi RaceFitPro di Google Play Store (Android) atau di AppleStore. Berdasarkan manual yang diberi, tidak ada perician tentang untuk menghubungkan jam pada aplikasi tersebut. Pengguna perlu mencipta akaun terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi tersebut.Setelah akaun telah dicipta, pastikan jam dihubungkan dahulu dengan telefon terlebih dahulu. Jika tidak tekanlah banyak kali pada Find Phone untuk dihubungkan menerusi bluetooth dengan aplikasi RaceFitPro kemungkinan besar tiada senarai yang dipaparkan.
Selesai sahaja jam dihubungkan dengan aplikasi tesebut, masa dan tarikh pada jam akan ditetapkan secara automatik mengikut masa dan tarikh tetapan pada telefon. Melihat kepada fungsi yang ada, pengguna boleh membuat tetapan seperti alarm, goal setting, message reminder dan sebagainya.
Opsss lupa pula, skrin SKMEI Smart Watch W37 ini sebenarnya bukanlah sepenuhnya skrin sentuh tetapi hanya dibahagian bawah paparan skrin.