Pengalaman Pertama Menggunakan Perkhidmatan Bateriku.com

Pengalaman Pertama Menggunakan Perkhidmatan Bateriku.com

Usia kereta aku sudah pun melebihi dua tahun dan begitu juga bateri kereta. Agak panik juga bila nak hidupkan kereta, paparan meter digital dashboard agak malap dan bermacam simbol keluar. Selepas mendapatkan nasihat daripada Proton Care Centre, ternyata masalah simbol dan dashboard digital malap akibat daripada bateri kereta habis.

Since Jumper pun tak ada, aku buka bateri dan bawa ke kedai bateri kereta untuk dicaj. Ternyata memang dah kong habis bateri tu. Umpama bateri telefon kalau dah sampai riwayatnya, kalau dicaj pun mesti cepat habis. Begitu juga dengan bateri kereta aku haritu.

Buat Tempahan Bateri Melalui Aplikasi Bateriku.com

Bateri pun dah memang tak boleh guna dan sudah tentu kereta tak boleh bergerak. Nak tunda guna tali macam tak selamat. Terlintas dalam kepala tentang perkhidmatan Bateriku.com. Terus capai telefon dan muat-turun aplikasi Bateriku.com.

Nak buat tempahan memang sangat mudah. Selepas sahaja muat-turun aplikasi Bateriku.com, buat pilihan lokasi, jenis kereta dan model kereta. Seterusnya pilih sahaja bateri yang disenaraikan.

Apa yang paling menarik sekali ialah selepas sahaja aku membuat tempahan, tak sampai seminit Bateriku.com terus menghubungi aku dan bertanya beberapa soalan. Lebih kurang dalam 30 minit, Bateriku.com bahagian Senawang datang membuat diagnosis dan memasang bateri baru.


Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Bateriku.com. Technician juga ada berkongsi tips penjagaan bateri kereta. Mudah dan pantas!

1 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama