Kenapa Perlu Tukar Uma Racing Air Filter Dual Kit?
Selepas membuat sedikit kaji selidik tentang Air Filter after market, aku amat tertarik dengan harga, jangka hayat yang ada pada Uma Racing Air Filter Dual Kit ini. Kelebihan yang ada pada Uma Racing Air Filter Dual Kit ini antaranya:- Mempunyai dua lapis penapis - Dual Layered Filters
- Peningkatan aliran udara
- Penapis lapisan tunggal untuk lebih prestasi
- Filter boleh dibasuh dan ditukar.
Ciri-ciri yang ada pada Uma Racing Air Filter Dual Kit tidak sama dengan Air Filter Original HLY Yamaha. Air Filter original jika kotor perlu terus ditukar dan tidak boleh dibasuh sama sekali kerana ianya jenis kertas. Kiranya pakai dan buang.
Harga untuk Air Filter Original boleh dibeli dengan harga RM 48.00. Bergantung pada kedai juga. Kalau local punya ada yang dijual dengan harga RM 20.00 hingga RM 28.00. Bergantung juga pada kedai dan lokasi kedai. Lain kedai lain harga.
Motor FZ150i yang aku gunakan sekarang agak leceh untuk membuat penukaran Air Filter kerana kedudukannya berada di bawah tangki minyak. Banyak yang perlu dibuka sebelum dapat membuka bahagian Air Filter. Selalunya kedai akan letak kos buka dan pasang sebanyak RM 20.00 (bergantung pada kedai juga). Aku dah tak perlu risau tentang kos pasang sebab aku sudah pun mahir untuk buka tangki minyak dan Air Filter selepas memerhati pomen kedai bagaimana mereka membukanya.
Halangan dan Kekangan
Dari awal-awal lagi aku dah agak memang susah sedikit nak mencari Air Filter Uma Racing untuk FZ150i keluaran tahun 2014 ini kerana berbeza sedikit dengan keluaran 2016. Sebagai contoh kebanyakan spare part enjin FZ150i 2014 hanya boleh guna spare part daripada LC135 5S. Tapi berbeza pula dari segi Air Filter.
Hasil carian menggunakan Shoppe dan Lazada, hanya segelintir sahaja yang menjual Air Filter Uma Racing ni. Sebelum beli aku perlu tanya sama ada sesuai atau tidak untuk digunapakai pada FZ150i 2014. Majoriti penjual di Shoppe dan Lazada kata memang sesuai. Kesangsian aku membuatkan aku tak jadi beli. Takut tersalah beli. Nak refund? Malas kalau online ni nak buat refund.
Jadi aku survey di Port Dickson tetapi tiada kedai yang menjual. Sehinggalah pulang daripada tempat kerja aku singgah sekejap di Salak Tinggi, Selangor. Tiga kedai motor kata memang tak ada stok. Kedai terakhir sarankan aku untuk pergi kedai motor di jalan yang menghala ke Nilai. Syukur stok tinggal satu.
Bila Perlu Tukar "Air Filter"?
Aku sendiri tidak pasti tentang bila waktu yang paling sesuai untuk tukar Air Filter. Memandangkan motor yang aku beli adalah motor terpakai, tiada buku pandual dibekalkan sekali. Sah-sah owner asal dah buang punya. Ada yang kata perlu ditukar setiap 10,000 km jarak perbatuan. Nak tengok kotor ke tidak Air Filter leceh pula sebab nak kena buka itu ini. Makan masa yang banyak. Mengikut pengalaman lepas, selepas sahaja 40,000 km jarak perbatuan, aku terus tukar. Kadang ikut mood dompet juga.
Sekarang aku tak perlu risau tentang kos tambahan perlu dibayar dan juga tak perlu lagi tukar air filter yang baru. Hanya perlu basuh sahaja penapis span dan pasang balik. Soalnya kalau span dah hancur, mana nak cari ganti? Ada ke penapis dijual berasingan?