Impian untuk menggunakan iPhone akhirnya tercapai juga. Dengan hanya berbekalkan nilai RM250, dapat juga aku memiliki sebuah telefon pintar iPhone 5 yang diagung-agungkan ketika zaman keemasannya yang dilihat sebagai premium dan mewah jika hendak dibandingkan dengan telefon pintar Android.
Sebenarnya, pemilikan iPhone 5 ini dibeli secara tidak sengaja. Pemilik asal meminta pertolongan daripada aku untuk baiki masalah iPhone 5 dia yang mempunyai masalah aplikasi kerap crash. Berbekalkan ilmu yang cetek berkenaan iPhone yang agak cetek, aku menerima sahutan pemilik asal untuk tolong dan membuat magic untuk membaik pulih iPhone 5 beliau.
Baca: Bagaimana Downgrade iOS 11 ke iOS 10.3.3 Menggunakan iTunes
Berkat pertolongan enjin carian Google, aku membuat sedikit research dan akhirnya masalah tersebut tidak lagi terjadi. Ketika waktu itu terjadi, pemilik memberitahu beliau tidak ada hati lagi dengan iPhone 5 dan hatinya sudah ditawan oleh iPhone 7 yang baru saja berada dipasaran ketika itu. Pemilik asal membuat tawaran dengan harga runtuh yang membuat aku tidak berkata "tidak" waktu itu. Dari situlah bermulanya perjalanan seorang pengguna tegar telefon pintar Android menggunakan iPhone.
Kekok Menggunakan Telefon Pintar iPhone 5
Setelah bertahun lamanya sejak menggunakan peranti yang menggunakan sistem Android, maka terjadilah perasaan kekok dan janggal apabila mengendalikan peranti yang menggunakan sistem operasi iOS. Sangat berbeza dari segi fungsi dan interface untuk kedua-dua sistem operasi ini.1. Tiada "Homescreen" Pada iOS Seperti Android
Peranti Android apabila unlock, paparan Homescreen terus dipaparkan. Tidak pada iOS, ia akan terus menuju kepada senarai aplikasi. Agak janggal apabila tiada halaman utama dipaparkan untuk pengguna membuat customization dengan meletakkan widget dan aplikasi utama yang sering digunakan. Kemungkinan, iOS turut mempunyai Homescreen yang aku tidak ketahui. Maaf pengguna iPhone, saya masih kolot dengan iOS.2. Macam Mana Nak "Back"?
Benda paling strunggle sekali bila guna iPhone 5 ialah ketiadaan butang back secara fizikal atau virtual. Yang ada hanyalah butang home. Mana pula pergi butang back agaknya. Rupa-rupanya untuk back, aku hanya perlu pautan back yang sudah terbina dalam aplikasi itu sendiri.Berbeza dengan Android, pengguna Android (bergantung pada jenis peranti) selalunya akan menggunakan butang fizikal back untuk kembali atau pun untuk menutup aplikasi. Ianya lebih senang dan praktikal disebabkan kedudukan butang back dekat dengan ibu jari. Mujur iPhone 5 tidak terlalu besar.
3. Quick Settings vs Control Centre
Jika Android mempunyai Quick Settings, iOS pula mempunyai Control Centre. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu capaian pantas untuk pengguna mengaktifkan WiFi, Bluetooth, melaraskan kecerahan skrin dan sebagainya.Bagi aku sendiri, Quick Settings pada Android mempunyai kelebihan berbanding Control Centre pada iOS. Ini kerana tiada capaian pantas untuk mengaktifkan Mobile Data dan Location pada Control Centre. Sebaliknya, aku perlu pergi ke Setting untuk mengaktifkannya.
Image copyright by MacTrast |
Image copyright by Lifewire |
Baca: Kemaskini iOS 11 Bawa Masalah Pada iPhone 5s
ios ni mmg lancar. mula mula mmg sangat kekok
BalasPadamYups sangat setuju. Untuk android lak, kalau pakai flagship punya phone baru rasa smooth.
BalasPadamSetuju dgn point ni. Skrg phone android, but using ipad. Serious selalu confuse
BalasPadam