Bilakah kali terakhir anda menggunakan "Short Message Service" atau lebih dikenali sebagai "SMS" yang memerlukan anda menghantar mesej pendek. Bahkan setiap satu SMS yang dihantar mempunyai caj tertentu mengikut telco yang digunakan.
Dengan terciptanya WhatsApp, kita tidak perlu lagi risau tentang had patah perkataan yang perlu dihantar. Hanya perlu mempunyai sambungan internet, anda boleh menghantar mesej bertalu-talu kepada sesiapan pun. Populariti WhatsApp sebagai satu medium untuk menghantar mesej telah mengumpulkan berjuta pengguna diseluruh dunia. Malah Malaysia adalah antara teramai yang menggunakan aplikasi permesejan WhatsApp.
Baca juga: Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Paling Ramai Di Dunia
WhatsApp Membolehkan Pengguna Memadam Mesej Jika Tersilap Hantar
Ini adalah ciri yang telah lama dinantikan pengguna WhatsApp. Khusus buat mereka yang tersilap hantar kandungan mesej sama ada pada individu atau pun di dalam kumpulan. Bagaimanapun, ciri ini hanya terhad untuk hanya 7 minit sahaja. Selain itu, ciri ini juga hanya berfungsi jika hanya penerima yang melihat mesej yang dihantar mesti menggunakan versi terkini WhatsApp.Cara Padam Mesej WhatsApp
Terdapat dua pilihan apabila ingin memadam mesej iaitu "Delete for me" dan "Delete for everyone".Delete for me - Pilihan ini membolehkan anda memadan mesej yang telah dihantar atau diterima dari telefon anda. Ini tidak memberi kesan kepada penerima mesej tersebut. Penerima mesej anda masih lagi boleh melihat mesej tersebut.
Delete for everyone - Mesej yang dipadam menggunakan pilihan ini akan digantikan dengan "This message was deleted" kepada penerima. Anda sebagai penerima juga akan menerima mesej yang sama apabila penghantar memadam mesej mereka.
- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke mesej yang ingin anda padam.
- “Tap and Hold” mesej tersebut.
- Pilih sama ada “Delete for me” atau “Delete for everyone”
Sumber: WhatsApp Deleting Messages