Berdasarkan portal lama web Amanz.my melaporkan bahawa CCleaner telah digodam melalui artikel mereka iaitu CCleaner Digodam - Semak Pemasangan CCleaner Pada Komputer Anda. Beberapa minit yang lepas, antivirus Kaspersky Free telah mengesan CCleaner sebagai malware pada komputer yang sedang aku gunakan. Ianya dikesan sebagai 'Backdoor.Win32.InfeCleaner.a'.
Sewaktu Kaspersky Free mula mengesan, aku dapati sesetengah perisian atau aplikasi yang ada tidak dapat digunakan ketika antivirus mula 'disinfected' malware tersebut. Mungkin ini adalah salah satu cara Kaspersky Free mula membasmi dengan menyekat daripada pengguna terus menggunakan perisian atau aplikasi agar malware tidak terus membiak dengan cepat.
Apa Yang Akan Berlaku Jika Malware Daripada CCleaner Menjangkiti Komputer
Apa yang aku baca melalui laman web rasmi Piriform, mereka memberitahu komputer yang dijangkiti malware melalui CCleaner akan mencipta 'unique identifier' pada nama komputer, perisian termasuk Windows Updates, windows running process, MAC Address dan lain-lain.Walaupun diberitahu ianya bukanlah ancaman besar terhadap komputer korang, aku sarankan untuk korang uninstall atau kemaskini perisian CCleaner versi terkini. Ini untuk mengelakkan malware daripada bertindak dengan pantas.
info menarik
BalasPadam