Kini sudah pun masuk minggu kedua dalam bulan September 2017. Bulan September 2017 ini juga, bagi mereka yang bekerja 'office hour' dapat menikmati cuti dengan banyak.Walaupun bukan semua syarikat yang mengambil cuti umum sedia ada, ada juga mereka yang membanting tulang bekerja pada cuti umum.
Cuti umum Malaysia pada bulan September ini juga ditambah apabila kontinjen Sukan Sea 2017 melepasi sasaran untuk memiliki sebanyak 111 pingat emas. Tahniah kepada skuad Malaysia yang menjuarai setiap kategori sukan yang dipertandingkan.
Dengan cuti umum yang ada, ini bermakna hanya terdapat 16 hari waktu bekerja sahaja. Maka dengan ini sekaligus dapat menjimatkan aku punya kos minyak untuk pergi ke tempat kerja. Walaupun sedikit ianya sangat bermakna.
Hanya terdapat dua hari cuti umum pada hujung minggu iaitu Hari Keputeraan Di-pertuan Agong Malaysia dan juga Hari Malaysia. Keduanya jatuh pada hari Sabtu. Ini bermakna, cuti akan digantikan sama ada pada hari Jumaat atau pun Isnin bergantung kepada syarikat masing-masing.
Bagi mereka yang sedang menikmati cuti, gunakan cuti korang dengan sebaiknya. Jika ada yang merancang untuk balik kampung atau bercuti-cuti Malaysia pastikan keselamatan diri dan keluarga dijamin sepanjang perjalan pulang bercuti.
Adakah korang berasa dengan cuti 16 hari pada bulan September ini membuatkan seseorang pekerja tidak produktif? Jom kita bincangkan kotak komen dibawah. Selamat bercuti kepada rakyat Malaysia!
Tags:
Info