Keadaan kulit muka aku selepas saja Hari Raya Aidil Fitri yang lepas agak teruk juga. Kalau hendak dinilaikan dari segi makanan yang diambil, kebanyakannya makanan yang berkacang. Dengar kata, kacang adalah punca kepada masalah kulit muka aku menjadi teruk dan berjerawat. Tetapi sejauh mana kebenarannya, aku sendiri tidak tahu. Jika nak di ikutkan pengalaman lepas, makanan berkacang tidak mempunyai kesan teruk pada kulit muka.
Ada kemungkinan juga, ianya ada kaitan dengan pembersih muka skrub yang dibeli. Ini adalah kali pertama aku gunakan skrub sebagai pembersih muka. Tujuan aku gunakan skrub adalah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Selepas seminggu pakai, aku dapat rasakan sel kulit yang mati sudah berkurang tetapi masalah lain pula yang timbul. Muka aku terus mula ditumbuhi jerawat dengan banyak.
Cuba perhatikan pada anak panah berwarna merah pada gambar di bawah. Itu adalah kesan-kesan selepas jerawat tumbuh. Jerawat tumbuh seperti jerawat batu dan kemerah-merahan. Kalau dilihat di dalam gambar, kesannya tak berapa nak nampak sangat. Depan-depan tengok memang agak teruk sebenarnya.
Beralih Arah Kepada Pembersih Muka Cetaphil
Selepas ditegur oleh rakan sepejabat, aku disarankan untuk menggunakan Cetaphil. Berdasarkan daripada pengalaman dia, pembersih muka Cetaphil yang digunakannya sedikit sebanyak mengurangkan jerawat yang tumbuh. Nampak macam ada harapan.Kalau mengikut masalah utama kulit muka aku ianya berminyak. Cetaphil Oily Skin Cleaner adalah pilihan terbaik. Harganya pula agak mahal sedikit daripada pencuci muka yang pernah aku beli sebelum ini iaitu RM49.80 sebotol (125ml) dan boleh dibeli di Watson.
Berbeza dengan produk pembersih muka yang lain, Cetaphil Oily Cleanser ini tidak berbuih. Ianya seperti cecair putih kristal. Boleh digunakan bersama air atau pun tidak. Ikut kesesuaian pada empunya diri.
Alang-alang dah ambil pembersih muka, aku cadang untuk beli sekali dengan Cetaphil Moisturizing Cream 50g berharga RM30.00. Kenapa muka berminyak perlu moisturizing? Kadang-kadang aku pelik juga dengan kulit muka aku ni, kadang-kadang ada masanya keadaan kulit muka agak kering. Dengan adanya moisturizing cream bolehlah (kot) melembapkan kulit muka yang kering (eh betul ke?).
Efektifkah Cetaphil Oily Skin Cleaner?
Nak ukur efektif atau tidak rasanya dalam masa terdekat belum lagi menampakkan perubahan yang ketara. Buat masa sekarang baru hanya seminggu menggunakannya. Tapi yang pasti, aku dapat rasakan tiada lagi jerawat-jerawat degil yang tumbuh.Bukan itu sahaja, aku dapat rasakan kulit muka semakin lembut (ecewah). Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, boleh aku kongsikan perubahan setelah menggunakannya. Tidak semua pembersih yang kita gunakannya sesuai dengan jenis kulit setiap orang.
Nak tahu efektif atau tidak, marilah sama-sama kita nantikan perubahannya. Harap tak bertambah melaratlah.
ramai juga yang bagi feedback yang baik pasal produk ini.. ak tak pernah guna lagi sebab dah jumpa produk yang sesuai. hehe
ردحذفKalau positive feedback kira bagus la tu. Kena tunggu lagi ni.
حذفpernah cuba... tapi tak lama sangat. pastu guna produk ni, sangat lembut untuk kulit yang sensitif.. http://www.mialiana.com/2016/01/rosa-t-mild-cleanser-garden-of-eden.html
ردحذفSangat setuju bab kulit lembut.
حذفCetaphil ni memang bagus untuk kulit sensitif dan jerawat. Harganya boleh tahan. Tapi kalau nak ok why not. :)
ردحذفHopefully harga yang dibayar setimpallah dengan keputusannya nanti.
حذفJenama ni bagus. Ramai kawan-kawan Asyraf kerja Airlines guna.
ردحذفFeedback bagus. Asyraf tak pernah cuba lagi.
Nanti kalau dah cuba, insyaAllah review keluar ..
Dulu aku part of Customer Service Officer ADS gak.
حذفTengah mencuba kotak komen Disqus.
ردحذف