Kebanyakan daripada kita lebih memilih untuk menggunakan browser Google Chrome berbanding dengan Mozilla Firefox, Opera, dan Microsoft Edge. Google Chrome cukup popular kerana kepantasannya (walaupun pada hakikatnya Microsoft Edge sudah menewaskan Google Chrome).
Kali ini aku nak memfokuskan kepada 'default download' folder pada Google Chrome. Secara default, setiap file yang dimuat-turun akan di simpan ke dalam folder khusus iaitu folder 'Downloads' (kecuali kalau menggunakan third-party-software seperti Internet Download Manager). Bayangkan korang memuat-turun pelbagai jenis file seperti muzik, video, dokumen dan sebagainya, ke semua file yang di simpan nampak agak serabut dan tidak tersusun.
Bagi korang yang ingin menampakkan file yang dimuat-turun secara berasingan dan lebih tersusun dalam folder tertentu, silalah ikuti cara di bawah ini.
Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu
Pertama sekali apa yang perlu korang lakukan ialah buat dahulu folder seperti Music, Documents, Pictures, Videos dan sebagainya (mengikut kreativiti dan citarasa korang) di dalam folder Downloads.Selesai buat folder, buka Google Chrome dan klik pada tiga dot yang berada di penjuru kanan atas. Pilih 'Settings'.
Selepas itu, klik pada 'Show advanced settings'. Pergi ke Downloads Settings dan tick pada 'Ask where to save each file before downloading'.
Dengan cara ini setiap kali muat-turun, korang akan diberitahu untuk memilih folder mana yang perlu korang pilih untuk menyimpan file yang akan di muat-turun nanti. Bukan sahaja dalam folder 'Downloads', mana-mana folder pun boleh.
Tags:
Teknologi
hi, saya datang singgah sini follow awak.. salam kenal :)
BalasPadam