Wonder Woman telah membuat penampilan pertamanya dalam filem Batman vs Superman Dawn of Justice. Buat peminat filem superhero DC Comic, filem Wonder Woman yang dibintangi oleh Gal Gadot bakal ditayangkan pada 2 Jun 2017. Tarikh sebenar ditayangkan di Malaysia belum lagi diwar-warkan.
Trailer sebelum ini menunjukkan bagaimana Wonder Woman terlibat dengan perang dunia pertama. Untuk trailer terbaru ini, menggambarkan Puteri Diana sebagai Wonder Woman dilatih untuk menjadi perwira sejak kecil oleh ibunya, Hippolyta di Themyscira. Ketika Puteri Diana dewasa, dia dilatih pula oleh pahlawan terkuat di Themyscira iaitu General Antiope.
Never let your guard down! You expect the battle to be fair!
- Antiope
Filem Wonder Woman ini telah diarahkan oleh Patty Jenkins hasil kerjasama bersama DC Entertainment Inc, Atlas Entertainment, RatPac-Dune Entertainment, Cruel and Unusual Films. Pelakon lain yang terlibat menjayakan filem ini ialah Chris Pine (Steve Trevor), Robin Right (Antiope), Danny Huston dan banyak lagi.
Getting close everyone!! Thanks for all of your support and excitement. Means a lot to all of us. ;) pic.twitter.com/0j4AHLnYZO— Patty Jenkins (@PattyJenks) March 11, 2017
tak sabar juga nak tunggu wonder women ni kluar
BalasPadamHarap jalan cerita tak terabur lah.
Padamnice2... lama jugak diri ni x masuk wayang. hehehe
BalasPadamKita sama bro. Dah berbulan2 lamanya tak pergi wayang.
Padamsuka sgt dgn appearance wonder woman dlm BVS. di mcm man of the match. haha. eh blog baru eh? hehe..
BalasPadamJalan cerita BVS agak boring. Rasanya kalau xda WM, mgkn BVS tak dapat sambutan.
BalasPadamAah nik blog baru. Blog lama dah delete. Domain pun orang lain dah amik. Jadi website jepun dah.