Setakat ini smartphone apa yang paling mahal pernah korang lihat? Bagi pengguna smartphone android kelas pertengahan seperti aku, minda aku mengatakan smartphone keluaran Apple iaitu iPhone adalah paling mahal. Tapi sangkaan aku meleset. Banyak juga smartphone berasaskan sistem operasi Android seperti smartphone keluaran Samsung, LG, Sony dan sebagainya, harganya boleh tahan mahal bergantung pada spesifikasi komponen yang dipasang.
Tapi smartphone yang ada di pasaran sekarang tidaklah semahal mana pun (bergantung pada kemampuan). Sebenarnya ada lagi smartphone yang lebih mahal dan paling mahal di dunia. Hanya orang-orang kenamaan yang mempunyai berjuta ringgit sahaja yang mampu memilikinya. Smartphone paling mahal yang aku katakan ini, tidak terjual dipasaran terbuka. Ianya dibuat khas dengan material yang mewah.
Baca juga: Nokia 3310 - Otai Segala Telefon Kini Kembali Membuat Kemunculan
Berikut adalah antara lima jenis smartphone yang dikatakan paling mahal di dunia.
1. iPhone 5 Black Diamond
Menggunakan iPhone 5 sebagai asas, Stuart Hughes iaitu seorang pereka British telah menambah material mewah seperti berlian hitam 26 karat pada tombol 'home'. Selain itu, jika korang dapat lihat pada logo Apple, ianya dilapisi dengan 53 berlian. Setiap sisi badan iPhone 5 tersebut dilapisi dengan 600 berlian putih. Harganya pula ialah sekitar USD 15 Juta. Wow!
2. iPhone 4s Elite Gold
iPhone 4s sedia ada telah ditambah bahan material yang mewah seperti yang ada pada iPhone 5 Black Diamond. iPhone 4s Elite Gold berharga sekitar USD 8 Juta. Kerangka iPhone 4s ini diliputi dengan 500 biji berlian termasuk dilapisi dengan emas 24 karat.
3. Supreme Goldstriker iPhone 3G 32GB
Buat pengguna iPhone, korang boleh berbangga apabila iPhone 3G 32GB juga turut mempunyai sentuhan mewah seperti berlian dan juga emas. Lapisan dalamnya pula diperbuat daripada kulit 'Nubuck' yang berkualiti tinggi. Manakala bingkai hadapannya mempunyai ukiran baru granite dan juga dihiasi dengan emas Kashmir. Telefon ini berharga sekitar USD 3.2 Juta.
4. GoldVish Le Million
Dari segi rekaan smartphone ini agak unik dan pelik. Ianya seakan-akan seperti bucu pada pedang. Badannya telah diliputi dengan emas dan juga berlian. Smartphone ini juga telah disebut dan disenaraikan dalam 'Guinness Book of Records' dan penghasilannya hanya terhad kepada tiga model sahaja. Walaupun direka pada 11 tahun lalu, smartphone ini masih lagi bernilai sehingga USD 1.45 Juta.
5. Diamond Crypto Smartphone
Pembuat aksesori, Peter Aloisson menghias telefon ini dengan 'gold rose' bersama 50 berlian. 10 biji berlian daripada 50 berlian yang dihias pada telefon ini mengandungi berlian biru yang sangat jarang ditemui. Selain daripada hiasan luaran, telefon ini juga dilengkapi dengan "powerful encryption technology" dimana telefon ini dilindungi daripada peras ugut teknologi.
Bayangkan jika korang mempunyai salah satu daripada smartphone yang telah disenaraikan ini. Adakah korang akan berasa 'secured' apabila menggunakan di kawasan 'public'. Mungkin ada mata yang menjeling melihat kilauan emas dan berlian. Mungkin tidak. Smartphone ini jika dimiliki, korang wajib ada peti besi untuk menyimpan ketika waktu tidur.
SUMBER: THEWEEK.CO.UK
Tags:
Teknologi
Ya ampun. harga mampus milik ni. Dulu memang saya minat sangat dengan perkembangan hp ni.. Asal ada je yang baru mesti nak beli.
BalasPadamCuma sekarang laju betul perkembangan dunia smartphone ni. Dah kumpul duit beli hari ni, minggu depan dah ada model baru yang specnya lebih padu dengan harga murah.
Sejak hari tu dunia saya berubah. Tak lagi nak beli latest punya smartphone. Tunggu rosak baru beli.
Apa2 pun. Perkongsian yang menarik. Terima kasih
Yups, selagi boleh guna, gunakan je. Beli baru bila phone lama dah tak boleh pakai je.
PadamNak beli iPhone yg biasa pun tak lepas. Nak pulak iphone yg bertatahkan berlian ni haha.
BalasPadamItulah syed. Kadang2 geram je tgk iphone ni.
Padamkegunaan telefon sudah lari jauh....
BalasPadamtak pe la dah kaya..
buat apa yang kita suka..
janji tak susahkan orang lain
Janji beli iphone tak berhuntang orang lain.
Padam