5 Jenis Minuman Membantu Anda Tidur Dengan Lena

5 Jenis Minuman Membantu Anda Tidur Dengan Lena

Bagi mendapatkan tidur yang mencukupi manusia memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan jam waktu untuk tidur. Tidur mencukupi sahaja tidak cukup. Bagaimana pula jika tidur itu tidak berkualiti. Faktor pemakanan sebelum tidur juga memainkan peranan penting. Menurut seorang pakar diet iaitu Julia Vana, beliau mencadangkan 5 jenis minuman yang mampu memberikan anda tidur dengan lena. Bahkan memberi impak positif pada berat badan anda.

5 Jenis Minuman Membantu Anda Tidur Dengan Lena

1. Susu

Susu adalah minuman yang sangat sesuai untuk di minum ketika hendak tidur. Tidak kira susu yang dihidang panas atau sejuk kerana susu kaya dengan 'tryptophan' dan kalsium. Dua unsur penting ini mempunyai kesan positif terhadap waktu tidur anda. Selain itu, susu juga tinggi dengan protein. Badan manusia akan menyerap protein di dalam susu dimana ia akan mengelakkan 'muscle loss' ketika waktu malam. Semakin banyak jisim otot, semakin banyak kalori badan anda membakar apabila berehat.

Susu

2. Teh Halia bersama Perahan Jus Lemon

Halia dan Lemon adalah gabungan yang baik sekali terutama untuk mengaktifkan metabolisme badan anda. Disamping itu, halia dan lemon baik untuk sistem immune dengan hanya beberapa kepingan halia segar dan jus lemon yang diperah ke dalam air teh panas. Kacau dan biarkan air teh yang dicampur halia dan lemon selama 15 minit kemudian minum.

Teh Halia bersama Perahan Jus Lemon

3. Jus Anggur

Jus buah-buahan seperti anggur mengandungi banyak gula. Segelas jus anggur mengandungi kira-kira 150 ml atau 8 oz. Dengan kuantiti yang betul, jus anggur akan merangsang proses pembakaran lemak. Hasil kajian oleh Jurnal of Obesity, mendapati bahawa 'resveratrol' iaitu antioksidan yang terdapat dalam anggur bertanggungjawab dalam proses pembakaran lemak. Resveratoral ini akan menukar 'white fat' kepada metabolisme 'brown fat'.

Jus Anggur


4. Teh 'Chamomile'

Chamomile adalah sejenis bunga kekwa (daisy) yang digunakan untuk membuat campuran herba dan mempunyai pelbagai tujuan perubatan. Ada sesetengah kes di mana seseorang yang mempunyai masalah untuk tidur, kebiasaanya mereka akan mengambil langkah drastik dengan menelan pil tidur. Kekerapan mengambil pil tidur kepada penyelesai masalah tidur lama-kelamaan akan mengakibatkan berlakunya risiko pertambahan berat badan yang berlebihan.

Teh 'Chamomile'

Teh Chamomile adalah penyelesaian yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah tidur. Herba teh ini boleh meningkatkan tahap 'glycine' dalam darah anda. Glycine ialah neurotransmitter yang bertindak sebagai penenang kepada otot badan dan boleh memastikan anda mendapat tidur dengan tenang dan lena.

5. Kefir

Kefir dibuat dari susu yang telah diperam (fermented) dan mengandungi karbon dioksida. Minuman ini mempunyai kesan positif terhadap usus anda dan mengaktifkan metabolisme kerana mempunyai tahap probiotik yang tinggi. Hanya dengan segelas Kefir dapat memberi protein yang cukup pada otot ketika waktu malam.

Kefir

8 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Kena cuba 5 jenis minuman ni... selalu minum kopi ke, memang lambat lah tidurkan... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kopi, nescafe memang ubat untuk mencelikkan mata.

      Padam
  2. Post ni sangat berguna sebab zumal selalu susah lena

    BalasPadam
  3. Kena cuba ni sebab kadang2 saya dah baring dekat 1 2 jam baru dapat lena walaupun mengantuk..

    Tapi bila minum teh, terkencing pula nanti kat tilam.. aduh stress

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama