Ketahui Maksud Simbol Kitar Semula Bernombor Pada Barangan Plastik


Baru-baru ini saja, kerajaan Selangor telah menjalankan kempen 'Bebas Plastik'. Seperti yang kita ketahui, plastik adalah salah satu penyebab pencemaran alam sekitar yang mana plastik adalah material yang sukar untuk dilupuskan. Selain itu, plastik juga mempunyai impak negatif terhadap tubuh badan manusia.

Buat pengetahuan anda semua, plastik mempunyai pelbagai jenis. Jika anda perhatikan barangan plastik seperti botol air dan bekas makanan, terdapat simbol kitar semula yang bernombor. Setiap nombor mewakili jenis plastik dan juga barangan plastik yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.

Simbol Kitar Semula Bernombor Pada Plastik

Berdasarkan gambar di atas, dinasihatkan agar tidak mengitar semula plastik bernombor 3, 6 dan 7. Dalam kehidupan seharian, kita biasanya akan menggunakan kembali plastik bernombor 1 dengan tujuan untuk mengisi air. Walaupun ianya dianggap selamat untuk digunakan semula, akan tetapi plastik nombor 1, membolehkan bakteria terkumpul dengan senang.



Plastik mempunyai nombor 2, 4 dan 5 adalah selamat dianggap selamat digunakan tetapi untuk jangka masa panjang ianya akan memberikan kesan buruk kepada manusia dan juga haiwan.

Maka tidak hairanlah mengapa kegunaan plastik harus dielakkan untuk kegunaan seharian. Diharap kempen 'Bebas Plastik' yang dijalankan oleh negeri Selangor harus dicontohi oleh negeri lain di Malaysia. Tetapi pucuk pangkalnya terletak pada diri kita sendiri sama ada sedar atau tidak keburukan yang akan kita hadapi kelak.


Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama