Dua bulan lepas, PC aku disambar kilat petir akibat. Ini gara-gara terlupa nak tutup suis dan cabut soket. Aku cuba hidupkan tapi tak ada petanda positif dan aku terus cabut satu per satu komponen untuk diperiksa. Komponen lain seperti RAM, Processor, Grafik Kad dan lain-lain masih boleh beroperasi tetapi tidak untuk PSU dan motheboard.
Sistem yang aku gunakan sekarang sebenarnya sudah agak lama ketinggalan. Aku menunggakan Intel Core i7 generasi kedua dan menggunakan motherboard soket 1155. Agak susah juga kalau nak mencari stok motherboard soket 1155 kerana sekarang Intel processor dah pun capai ke generasi ketujuh.
Aku amat bernasib baik kerana ada satu kedai di Lowat Plaza menjualnya. Tapi dari segi spesifikasi bukan yang aku inginkan. Sebab motherboard tersebut hanya untuk penggunaan biasa dan bukannya hardcore. Nak tak nak aku beli juga.
Tak silap aku tak sampai sebulan, motherboard yang baru aku beli tiba-tiba rosak. PC secara tiba-tiba off sendiri. Bila on semula, lampu LED motherboard berkelip-kelip seperti tak cukup power. Masa ni dah pening. Takkanlah PSU pula buat hal. Lepas dah buat 'stress test', masalah tersebut memang berpunca pada motherboard.
Aku kembali balik ke kedai tempat aku beli motherboard tersebut untuk claim warranty. Selepas dua minggu, pihak technician kata pin soket motherboard bengkok dan bersentuh satu sama yang lain. Kerosakan pada pin tak termasuk dalam warranty. Jadi mereka minta RM80.00 untuk betulkannya.
Rasa tak berbaloi dengan cas yang diminta, aku suruh mereka pulangkan saja motherboard tanpa dibetulkan. Aku amik inisiatif untuk tengok sendiri pin yang bengkok dan betulkan sendiri. Hasilnya motherboard dapat digunakan seperti biasa.
Tags:
Teknologi